09 Agustus 2009

Mutiara Kata Ramadhan

MUTIARA KATA,
SABDA RASULULLUH S.A.W dan FIRMAN ALLAH S.W.T

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Senyumam kepada saudaramu adalah sedekah"


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan
kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun
puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada
sekelian" (Riwayat Muslim)

Dari Ummu Mukminin Aisyah R.A, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Adalah
Rasululluh s.a.w. apabila masuk (tanggal) sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan,
Baginda s.a.w. bersedih dan bersiap-siap menghidupkan (beramal) pada malam hari.
(Riwayat Muttfaq Alaihi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata
dusta (bohong semasa berpuasa) maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya untuk
meninggalkan makan minumnya. (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu
pada bulan (Ramadhan) itu, adalah dia sebagai seorang yang telah menunaikan 70
bulan fardhu pada bulan-bulan lainnya.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat,
pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan
dari api neraka"

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa,
baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika
menghadap Ilahi"

Dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata,Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sembahyang itu membawa ketengah jalan, berpuasa memajukan kamu kehadapan dan
sedekah (saling membantu) memasukkan kamu kedalamnya"

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang bangun pada malam hari raya
(Aidil Fitri) dengan ikhlas kerana Allah s.w.t., maka tidak akan mati hatinya
saat hati semua orang telah mati" (Riwayat Ibn Majah dari Abu Umamah)

Dari Abu Ayub al-Ansari berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa pula sebanyak enam hari
pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa
orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir"
(Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila salah seorang kamu lupa bahawa ia
berpuasa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya
kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah s.w.t." (Riwayat
Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu
mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi keampunan
kepada maku" (Riwayat Ibn Majab)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bukan yang bermakna puasa itu sekadar
menahan makan, minum tetapi puasa yang sungguh itu menahan diri dari langha
(perkataan tidak berguna) dan kata-kata yang keji" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang
Jumaat tiga kali (berturut-turut) makan Allah s.w.t. mengecap hatinya (sebagai
munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)" (Riwayat Ahmad)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang melihat wanita
lalu dia memejamkan matanya, melainkan Allah s.w.t. akan memberi pada rasa lazat
beribadat dihatinya" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika kamu berpuasa maka bersiwaklah (gosok
gigi) diwaktu pagi dan jangan diwaktu petang,maka sesungguhnya tiada orang puasa
yang kering bibirnya diwaktu petang melainkan akan menjadi cahaya didepan
matanya pada hari kiamat" (Riwayat Al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Allah s.w.t. telah berfirman: Hamba-Ku
yang lebih Aku cintai iaitu mereka yang segera berbuka (jika telah nyata
maghrib)" (Riwayat Al-Tarmizi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Riba itu mempunyai 73 cara (jalan), yang
amat ringan dosanya sama dengan seorang berzina dengan ibu kandungnya" (Riwayat
Al-Hakim & Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa)
itu diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat"
(Riwayat Muslim & Abu Daud)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Satu dirham riba yang dimakan oleh
setengah yang mengetahui, lebih berat disisi Allah s.w.t.daripada dosanya tiga
puluh enam kali penzinaan" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani dari Abdullah bin
Hanzalah r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang berperang untuk
menegakkan kalimat (agama) Allah s.w.t. maka itu Fisabilillah" (Riwayat Bukhari,
Muslim &Abu Daud dari Abu musa al-Asyari r.a)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang
jirannya tidak aman dari gangguan-gangguannya" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sinarilah rumah kamu dengan mendirikan
sembahyang dan membaca Al-Quran" (Riwayat Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Roh orang mukmin akan tergantung dengan
sebab hutangnya sehinggalah diselesaikan hutang tersebut" (Riwayat
Ahmad,Al-Tarmizi,Ibn Majah & Al-hakim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika seorang berzina maka keluarlah iman
daripadanya bagaikan payung diatas kepalanya dan bila menghentikannya maka
kembalilah iman kepadanya" (Riwayat Abu Daud, Al-Baihaqi & Al-Tarmizi)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sekiranya tidak menjadi keberatan kepada umatku nescaya aku menyuruh mereka
bersugi (menggosok gigi) setiap kali mereka hendak mengambil wudhu" (Riwayat
Ahmad, Malik & An-Nasai)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang yang memulakan salam adalah terlepas
daripada sifat sombong dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa
yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia bercakap
baik ataupun diam" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang benar beriman kepada Allah
s.w.t. dan hari kemudian maka janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan
baiklah kamu terhadap jiran" (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang mempunyai anak perempuan
dan tidak membunuhnya hidup-hidup, tidak menghinakannya dan tidak sayang anak
lelakinya melebihi anak perempuan, nescaya akan dimasukkan dia kedalam syurga"
(Riwayat Abu Daud & Al-Hakim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Berapa banyak jiran yang memegang
tetangganya pada hari kiamat untuk diajukan kepada Allah s.w.t. lalu berkata: Ya
Allah orang ini telah menutup pintunya daripadaku dan tidak membantu aku"
(Riwayat Bukhari)

Dari Aisyah, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Saya tidak pernah melihat
Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasa satu bulan cukup kecuali bulan Ramadhan
dan saya juga tidak melihat Baginda s.a.w. berpuasa pada bulan lain lebih banyak
dari bulan Syaaban" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Dari Ayub al-Ansari, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jangan kamu mengadap
kiblat dan jangan membelakangi ketika membuang najis atau air kencing, tetapi
hendaklah kamu menhalakan diri kearah timur atau barat" (Riwayat Abu Daud)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Seorang Mukmin melihat dosanya bagaikan
seorang duduk dibawah gunung dan takut kejatuhan gunung itu" (Riwayat Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Firman
Allah s.w.t. {Dalam Hadis Qudsi} "Wahai anak Adam belanjakanlah harta kamu,
nescaya akan digantikan semula oleh Allah kepadamu" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Keberkatan sesuatu makanan itu ialah
dengan berwuduk sebelum dan selepas makan" (Riwayat Ahmad, Daud, Al-Tarmizi &
Hakim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim
itu Allah s.w.t. akan menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan menolak
dengan keduanya kematian yang tidak baik dan dihindarkan dengan keduanya semua
yang tidak sesuai dan dikhuatirkan" (Riwayat Abu Ya'la dari Anas r.a.)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya
Allah s.w.t. akan merahmati seorang yang lapang dadanya ketika menjual,membeli
dan menagih hutang" (Riwayat Bukhari dari Jabir r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang tiba padanya
waktu sembahyang fardhu lalu dia menyempurnakan wuduk dan khusyuk serta
rukuk,sujudnya melainkan sembahyang itu menjadi penebus dosanya yang telah lalu
selama dia tidak berbuat dosa besar dan yang demikian itu sepanjang masa"
(Riwayat Muslim dari Uthman r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dua malaikat yang mencatat amal itu
menghadap Allah s.w.t. membawa sembahyang seorang dua kali sembahyang, melainkan
Allah s.w.t. berkata pada dua malaikat itu: Aku persaksikan kepada kamu bahawa
Aku telah mengampunkan pada hamba-Ku dosa-dosa yang telah terjadi diantara dua
sembahyang itu" (Riwayat Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang
seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya
untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari
kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

Daripada Kaab bin Iyad r.a. katanya, aku mendengar bahawa Nabi Muhammad s.a.w
pernah bersabda: "Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu ada ujian dan ujian bagi
umatku ialah harta" (Riwayat Al-Tarmizi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiap orang yang diberikan Allah s.w.t.
ilmu agama, lalau disembunyikan maka Allah s.w.t. mengendalikan mulutnya pada
hari kiamat dengan kendali dari api neraka" (Riwayat Al-Tabrani dari Ibn Mas'ud
r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dosa yang lebih layak untuk
disegerakan Allah s.w.t. seksanya didunia disamping apa yang disediakan kelak
diakhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan" (Riwayat
Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdal
daripada sembahyang bersendirian dua puluh tujuh darjah" (Riwayat Bukhari &
Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika berdiri bulu roma seorang hamba
Allah, maka akan berguguran daripadanya dosa-dosanya bagaikan gugurnya daun dari
pokok yang telah kering" (Riwayat Abu Syaikh & Al-Baihaqi dari Abbad bin Abdul
Muttalib r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang membaca (Surah Al-Ikhlas)
dalam kesakitan dan matinya ,tiadalah dia akan menderita fitnah didalam kubur,
terpelihara dari tekanan kubur dan dihari kiamat kelak dia akan dipapah oleh
malaikat dengan telapak tangan hingga terlepas dari titian (sirat) dan selamat
dia memasuki syurga" (Riwayat Al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Dan perumpamaan orang yang datang terlebih
dahulu (ke Masjid pada hari Jumaat) bagaikan orang yang sedekah unta, kemudian
bagaikan yang sedekah lembu, kemudian bagaikan sedekah kambing, kemudian
bagaikan sedekah ayam, kemudian bagaikan sedekah telur" (Riwayat Bukhari &
Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Ketika Allah s.w.t. telah selesai
menjadikan semua makhluk, maka menulis tulisan yang ada diatas Arsy yang
berbunyi:Rahmat-Ku mendahului murka-Ku (Rahmat-Ku mengalahkan murka-Ku)"
(Riwayat Bukhari, Muslim & Ibn Majah)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Seandainya seorang kamu keluar membawa
tali (kehutan) lalu pulang membawa seberkas kayu api lantas kayu itu dijualnya
dimana dia dapat kehormatannya, maka perbuatan itu adalah lebih baik daripada
dia meminta-minta, sama ada diberi ataupun tidak" (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau
sesama Muslim lebih dari tiga hari tiga malam, maka siapa yang memulau lebih
dari tiga hati tiga malam lalu mati akan masuk kedalam api neraka" (Riwayat Abu
Daud & Al-Nasai)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa wuduk pada hal dia masih berwuduk
maka dicatat untuknya sepuluh hasanat (kebajikan)" (Riwayat Abu Daud dari Ibn
Umar r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang berwuduk pada hari Jumaat
maka menyempurnakan wuduknya kemudian pergi kemasjid untuk solat Jumaat dan
mendengarkan khutbah dan memperhatikannya, maka diampunkan baginya dosa-dosa
yang terjadi antara Jumaat itu dengan Jumaat yang sebelumnya" (Riwayat Muslim &
Ahmad)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang
Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik
akhlaknya..."(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sembahyang sunat dua rakaat ditengah malam
dapat menghapuskan dosa-dosa" (Riwayat Ad-Dailami dari Jabir r.a)

Dari Ummu Mukminin Aisyah r.a. "Pilihlah tempat air mani kamu dan nikahilah
orang-orang yang sepadan" (Riwayat Ibnu Majah daripada Imam Al-Hakimi)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sebaik-baik saf bagi orang lelaki ialah dihadapan dan seburuk-buruknya ialah
dibelakang. Sebaik-baik saf bagi orang perempuan ialah dibelakang dan
seburuk-buruknya dihadapan" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dosa yang lebih besar disisi Allah
s.w.t. sesudah syurik daripada titisan mani yang diletakkan didalam rahim yang
haram baginya" (Riwayat Ibn Abid Dunya)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya yang berzina atau minum
khamar maka terlepaslah iman daripadanya sebagaimana orang melepaskan gamis
(baju) dari kepalanya" (Riwayat Al-Hakim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah
s.w.t. Sya'aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" (Riwayat Abu Al-Fatah bin Abu
Al-Fawaris)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang berwuduk sahaja untuk
menghadiri sembahyang Jumaat adalah sudah baik (memadai) akan tetapi siapa yang
mandi,maka adalah terlebih baik" (Riwayat Abu Daud)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqi'ah pada
tiap malam, maka tidak akan menderita kemiskinan untuk selamanya" (Riwayat
Al-Baihaqi dari Ibn Mas'ud r.a)

Dari Anas r.a. katanya bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang
tidur atau terlupa hingga luput sembahyang hendaklah dia menunaikan (sembahyang)
sebaik-baik sahaja dia ingat (sedar) kembali" (Riwayat Al-Bukhari)

"Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk dan lelaki-lelaki yang
buruk untuk wanita yang buruk, sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki
yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik" (Surah An-Nur : 26)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Pedagang yang amanah, yang jujur, yang
Muslim, kelak pada hari kiamat akan berkumpul dengan para syuhada (orang-orang
yang mati syahid)" (Riwayat Al-Hakim & Ibn Majah dari Ibn Umar r.a)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang mati pada hari
atau malam Jumaat melainkan Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari ujian kubur"
(Riwayat Ahmad & Al-Tirmizi)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Apabila
manusia membaca ayat Syajadah kemudian sujud, terhindarlah syaitan laknatullah
seraya menangis dan berkata,'celakalah aku, disuruh manusia (anak Adam) sujud,
sujudlah dia, balasannya syurga. Saya juga disuruhnya sujud,tetapi saya enggan
maka balasannya bagi saya ialah neraka" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Pilihlah untuk tempat nuthfah kamu atau
air mani kamu, kerana pembuluh darah ini merupakan sinar pancaran" (Riwayat Ibn
Majah dan Ad-Dailami)

"Carilah tempat-tempat yang sepadan untuk air mani kamu kerana seseorang itu
boleh jadi akan lebih menyerupai keluarga pihak isteri" (Mutiara Kata)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dosa yang lebih layak untuk
disegerakan oleh Allah s.w.t. seksanya didunia disamping apa yang disediakan
kelak diakhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan" (Riwayat
Al-Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bukan seorang Mukmin orang yang kenyang
sedangkan tetangga disebelahnya kelaparan (sedang dia mengetahui)" (Riwayat
Al-Hakim & Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Kahwinilah wanita-wanita yang berada
didalam lingkup/naungan yang baik kerana pembuluh darah itu laksana cahaya"
(Riwayat Ibn-'Adi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sebaik-baik puasa selepas Ramadhan ialah
puasa dalam bulan Muharam" (Riwayat Muslim, Bukhari, Abu Daud, Tarmizi,Nasai &
Ibn Majah)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Janganlah engkau nikahi orang-orang yang
masih berkerabat kerana anak dicipta laksana cahaya. Carilah wanita-wanita yang
jauh dan janganlah engkau memilih yang dekat hubungannya" (Riwayat Ahmad, Malik
& Al-Nasai)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi
sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur didalam neraka
dapat mengganggu ahli neraka lainnya kerana sangar busuk" (Riwayat Al-Bazzar)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiap mata pasti akan menangis pada hari
kiamat kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga
malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang menitiskan air mata walaupun
sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah s.w.t." (Riwayat Abu Naim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bukanlah kemuliaan itu dengan memakai
pakaian cantik dan bersegak tetapi ia adalah dengan ketenangan (sopan santun)
dan merendah diri" (Riwayat Ad-Dailami)

Usamah bin Zaid r.a. berkata bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Siapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat hingga tiga kali tanpa uzur,maka akan
dicatat dari golongan orang munafik" (Riwayat Al-Tabrani)

Dari Abu Dzar al-Ghifari r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Wahai Abu Dzai, jika engkau hendak berpuasa tiga hari sebulan puasalah pada
13,14 dan 15"(Riwayat Ahmad & Al-Nasai)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Empat (macam manusia) tidak Allah s.w.t.
masukkan merka ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak,
pemakan riba, menzalimi (memakan) harta anak-anak yatim dengan tiada hak dan
derhaka pada ibu bapanya" (Riwayat Al-Hakimi)

Dari Abu Qatadah ketika Nabi Muhammad s.a.w tentang hari Asyura bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w menjawab: "Puasa hari Asura boleh menghapuskan dosa satu tahun
yang lalu" (Riwayat Muslim)

Allah s.w.t. berfirman: "Harta dan anak-anak itu perhiasan penghidupan dunia
tetapi amal-amal soleh yang tinggal (buahnya) itu lebih baik disisi Tuhanmu
tentang ganjarannya dan tentang harapannya" (Surah Kahfi:46)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang memelihara sembahyang
lima waktu dengan sempurna wuduknya dan diwaktunya, adalah baginya cahaya dan
tanda pada hari akhirat dan barangsiapa mensia-siakan, nescaya dikumpulkan ia
(kelak dineraka) dengan Firaun dan Hamam" (Riwayat Ahmad)

Allah s.w.t. berfirman: "Dan orang-orang yang berkata'Ya Tuhan, anugerahkan lah
kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)
dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang bertakwa" (Surah Furqan:74)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Kewajipan seorang Muslim keatas Muslim yang lain iaitu lima perkara, menajwab
salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah, menerima undangan dan mendoakan
orang yang bersin" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Setiap isteri yang minta cerai dari
suaminya tanpa apa-apa (tanpa alasan yang dapat dibenarkan) maka haram atasnya
bau syurga" (Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi)

Dari Ibn Umar r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Ingatlah
tiap sesuatu yang memabukkan itu khamar (arak) dan tiap khamar itu haram"
(Riwayat Ahmad & Abu Ya'la)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang menjadi saksi untuk merugikan
seseorang dengan persaksian yang tidak benar, maka hendaklah menyiapkan
tempatnya dalam neraka" (Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang mebuat ibubapanya gembira
(memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t. Sesiapa
yang menyakiti hati ibubapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah
s.w.t." (Riwayat Bukhari)